Tugas pramugara, pramugari tuntut banyak pengorbanan

Shah Alam: Memiliki ketinggian, berwajah tampan serta jelita bukan jaminan atau ‘kunci’ utama dalam memastikan seseorang individu layak menjadi pramugari atau pramugara sesebuah syarikat penerbangan. Principal SimFlightKl, Mira Kamal, 25, berkata, setiap individu memiliki kelebihan iaitu cantik dan tinggi dari segi luaran fizikal namun bukan itu yang diperlukan.




Menurutnya, kecantikan dan ketinggian tubuh sahaja tidak mencukupi.

“Inilah yang kami ingin dedahkan kepada peserta supaya mereka lebih bersedia menghadiri temu duga dengan ilmu mencukupi,” katanya yang memperkenalkan Cabin Crew Air-Cademy bersama suami, Kapten Amin Said, 50.

jawatan kosong pramugari

Dia yang ditemui pada Karnival Udara Antarabangsa Subang (SIAC 2014) di Pusat Penerbangan Serantau Subang, Subang Skypark berdekatan Bukit Jelutong, semalam, berkata, tugas pramugara dan pramugari tidak semudah disangka kerana tugasan itu menuntut banyak pengorbanan dan bukan hanya berkisar soal keseronokan atau populariti semata-mata.

“Kru kabin memikul tanggungjawab berat setiap masa sebaik penumpang pertama masuk ke dalam badan pesawat hinggalah penumpang terakhir meninggalkan pesawat. “Perkara ini yang kami mahu dedahkan melalui kursus kepada individu yang bercita-cita menceburi kerjaya pramugari dan pramugara,” katanya. Menurutnya, idea itu tercetus apabila dia mengikuti beberapa sesi temuduga untuk menjadi kru kabin sebelum menyedari masalah dihadapi peserta temuduga. -hmetro


Temudaga terbuka Cabin Crew
- Air Asia
- Mas
- Fireflyz
- Malindo Air

0 Response to "Tugas pramugara, pramugari tuntut banyak pengorbanan"

Post a Comment