Majikan tak boleh arah bersara sebelum 60 tahun

Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang melanggar Akta Umur Persaraan Minimum 2012, sebagai persediaan negara menghadapi status negara tua menjelang 2030.



Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata perkara itu penting berikutan kajian mendapati status hutang pekerja menjelang usia persaraan adalah tinggi.

“Akta ini membantu meningkatkan jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sebanyak 14 peratus pesara kehabisan simpanan dalam tempoh tiga tahun, manakala 50 peratus dalam masa lima tahun, sementara 70 peratus dalam masa 10 tahun,” katanya.

Akta Umur Persaraan Minimum 2012 memperuntukkan seseorang majikan tidak boleh mengarahkan pekerja mereka bersara sebelum mencapai umur persaraan minimum 60 tahun.

Beliau menjawab soalan tambahan Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) pada sidang Dewan Rakyat, yang bertanyakan usaha kementerian menyelesaikan masalah hutang yang tinggi dalam kalangan pesara swasta. -bharian

1 Response to "Majikan tak boleh arah bersara sebelum 60 tahun"

  1. semakin lewat umur persaraan semakin ramai lah fresh graduate yg xdapat kerja sebab xde kekosongan untuk diisi..

    ReplyDelete