Jawatan Kosong Yayasan Taqwa MAIWP - 4 Julai 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan sihat tubuh badan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) (Klik untuk maklumat lanjut):

[not_mobile]▶[/not_mobile] Penolong Pegawai Tadbir(N27)
[not_mobile]▶[/not_mobile] Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (S27)
[not_mobile]▶[/not_mobile] Penolong Akauntan (W27)
[not_mobile]▶[/not_mobile] Pembantu Tadbir (N17)


 


yayasan taqwa maiwp
Pada 20 Nov. 1990 Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan Berhad (Yayasan Taqwa) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan. Maksud syarikat berhad menurut jaminan ini adalah ia ditubuhkan dengan prinsip liabiliti ahli-ahli adalah terhad dengan amaun yang dinyatakan dalam memorandum yang mana ahli-ahli berkenaan akan menyumbang amaun tersebut kepada aset syarikat sekiranya syarikat dibubarkan kelak. Ia juga bagi memastikan syarikat tidak akan digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang, memudaratkan dan bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan Negara dan kepentingan awam.

Tujuan utama Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan Bhd. ditubuhkan ialah untuk mengurus semua jenis kutipan zakat kecuali zakat fitrah daripada individu, kumpulan atau organisasi di Wilayah Persekutuan bagi pihak MAIWP dan mengurus serta meningkatkan dana Baitulmal dengan tujuan memastikan kekuatan ummah Islam di Malaysia. Bagi merealisasikan objektif tersebut, maka Hartasuci Sdn. Bhd. atau dikenali Pusat Pungutan Zakat ditugaskan menjalankan aktiviti pungutan zakat kecuali zakat fitrah. Pemilikan saham Hartasuci Sdn. Bhd. adalah 100% dimiliki oleh Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan Bhd.

Pada 1hb. Jan. 2006, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan Bhd. telah memindahmilik 1,000,000 unit saham Hartasuci Sdn. Bhd. kepada MAIWP setelah mendapat teguran dari Audit Negara di mana Pusat Pungutan Zakat (Hartasuci Sdn. Bhd.) hendaklah diletak terus di bawah MAIWP sebagai anak syarikat.

Pada Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah kali ke 32 pada 12 Feb. 2008 yang di pengerusikan oleh Y.B Dato’ Dr. Abdullah bin Md Zin telah meluluskan agar perkataan “BERHAD” pada akhir nama Yayasan Taqwa digugurkan untuk membolehkan Yayasan Taqwa memohon kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Tujuan Yayasan membuat permohonan ini adalah untuk mendapatkan pelepasan cukai kepada penderma-penderma Yayasan samada ia organisasi atau individu . Perkataan “BERHAD” ini telah diluluskan untuk digugurkan pada akhir nama Yayasan Taqwa pada 12 Jun 2008 kemudian ini disebut sebagai YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN.

Setelah perkataan “BERHAD” digugurkan dari nama Yayasan Taqwa maka yayasan hendaklah mematuhi syarat-syarat di bawah Seksyen 24 Akta Syarikat 1965. Walaubagaimanapun permohonan kelulusan di bawah Subsekyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak dapat dipertimbangkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia kerana Yayasan Taqwa adalah milik penuh MAIWP dimana MAIWP telah diberi pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44(6).
 

Cara Memohon (Klik untuk memohon)



Permohonan hendaklah menggunakan borang jawatan kosong Yayasan Taqwa yang boleh layari di laman Web Yayasan Taqwa (MAIWP) dan hendaklah disertakan dengan resume dan salinan sijil yang diakui sah serta gambar berukuran passport ke:

PENGURUS BESAR
YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN
TINGKAT BAWAH LOT 1
BANGUNAN TH, 148 JALAN IPOH
51200 KUALA LUMPUR
(u/p : Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia)
Tel : 03-4041 4155 Faks : 03-4041 4166

Maklumat lanjut jawatan kosong Yayasan Taqwa boleh didapati disini.

Tarikh Tutup Permohonan : 4 Julai 2014



Like Facebook eJawatanKosong untuk mendapatkan maklumat kerja kosong terbaru 2014 di Kuala Lumpur & seluruh Malaysia. Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta.

0 Response to "Jawatan Kosong Yayasan Taqwa MAIWP - 4 Julai 2014"

Post a Comment