Jawatan Kosong Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) - 30 Jun 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut):

[not_mobile]▶[/not_mobile] Penolong Akauntan Gred N27
[not_mobile]▶[/not_mobile] Penolong Pegawai Tadbir (N27)



jawatan kosong yayasan waqaf malaysia
Yayasan Waqaf Malaysia ialah entiti wakaf kebangsaan. Ianya telah ditubuhkan dengan rasminya pada 23 Julai 2008 di bawah Akta Pemegang Amanah [Pemerbadanan] 1952 oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees) Yayasan Waqaf Malaysia ialah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Portfolio Agama, manakala Naib Pengerusi ialah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR). Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah yang lain terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan seorang (1) wakil daripada Kementerian Kewangan, seorang (1) wakil daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan tiga (3) wakil daripada sektor korporat

 

Cara Memohon (Klik untuk memohon)



Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap dengan gambar dan salinan dokumen-dokumen yang disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan kepada:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Yayasan Waqaf Malaysia
No. 13, Jalan Diplomatik 2/2
Presint Diplomatik Putrajaya
62050 Putrajaya.

Maklumat lanjut jawatan kosong Yayasan Waqaf Malaysia boleh didapati disini.

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada :  30 Jun 2014



 

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan setelah 4 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

0 Response to "Jawatan Kosong Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) - 30 Jun 2014"

Post a Comment