Jawatan Kosong Yayasan Selangor - 19 Jun 2014

Yayasan Selangor telah melanjutkan pelawaan kepada pemohon-pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Selangor seperti berikut :

[not_mobile]▶[/not_mobile] Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) Kategori AO
[not_mobile]▶[/not_mobile] Kerani



yayasan selangor

“Yayasan Selangor telah diperbadanankan di bawah Akta Syarikat 1965 Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company Limited By Guarantee). Ditubuhkan pada 5 November 1970 tanpa modal saham, Yayasan Selangor merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam bidang pembangunan pendidikan Negeri Selangor.

Sehingga kini Yayasan Selangor masih mengekalkan tradisi sebagai agensi Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab memberi peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat dan sentiasa bergerak maju ke arah memartabatkan pendidikan negeri Selangor.

 

Cara Memohon (Klik untuk memohon)



Pemohon juga hendaklah menghantar ‘resume’ beserta borang permohonan perjawatan di Bahagian Sumber Manusia & Latihan. Pemohon yang masih berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan/Bahagian dan disertakan dengan sesalinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.

Borang permohonan boleh di muat turun disini. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:

YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 18, MENARA YAYASAN SELANGOR
NO. 18A, PERSIARAN BARAT
46000 PETALING JAYA,SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & LATIHAN)

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada :  19 Jun 2014



 

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan setelah 4 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

0 Response to "Jawatan Kosong Yayasan Selangor - 19 Jun 2014"

Post a Comment