Job Vacancies UiTM Johor - 23 Julai 2014

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang / Kampus Segamat.
- Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17
- Pembantu Kesatria Gred S17
- Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17


logo_uitm

Company Overview

Bukan sedikit sumbanganmu. UiTM Johor melakar sejarah di negeri Johor Darul Ta’zim ini pada tahun 1983. Kampus pertamanya di Bukit Siput telah dirasmikan pembukaannya oleh Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor pada ketika itu. Atas keperluan yang kian berganda, lokasi UiTM Johor kini berpindah ke bangunan yang lebih besar dan selesa iaitu di Segamat Baru pada tahun 1985.

Pada tahun 1990, UiTM Johor telah tersergam indah di KM12, Jalan Muar-Segamat di atas tanah kurniaan pemerintah negeri. Di sini, UiTM Johor telah berkembang pesat dengan memenuhi tanggungjawab sebagai kampus UiTM Negeri. Kampus Segamat ini menempatkan empat (4) buah fakulti iaitu Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Sains Komputer & Matematik. UiTM Johor juga mempunyai sebuah kampus kota yang terletak di Bandaraya Johor Bharu.

UiTM Johor kini dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur pengajaran & pembelajaran serta kemudahan riadah dan rekreasi yang menjadikannya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani. Yang pasti, UiTM Johor akan berterusan menempa nama gemilang sebagai bukti keluhuran budi dan kemurnian jati diri anak bangsa dan pertiwi.


How To Apply

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA. Permohonan hendaklah dihantar ke:

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
KM. 12, JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM
No Tel : +(607)-935 2338 / 2020 / 2273 / 2272

Maklumat lanjut jawatan kosong UiTM Johor boleh didapati disini.


Closing Date :  23 Julai 2014

0 Response to "Job Vacancies UiTM Johor - 23 Julai 2014"

Post a Comment