Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) - 1 Ogos 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut):

[not_mobile]▶[/not_mobile] Pegawai Undang-undang, Gred L41 (lelaki Sahaja)
[not_mobile]▶[/not_mobile] Pegawai Pengangkutan , Gred A17 (lelaki Sahaja)
[not_mobile]▶[/not_mobile] Pembantu Operasi, Gred N11 (lelaki Sahaja)



logo maik kelantan
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

Cara Memohon (Klik untuk memohon)



Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 yang boleh didownload disini atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Borng permohonan hendaklah dimasukkan dalam sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Unit Pentadbiran, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2013 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini. Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan. Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 Kota Bharu, Kelantan.

Maklumat lanjut jawatan kosong MAIK Julai 2014 boleh didapati disini.

Tarikh Tutup Permohonan : 1 Ogos 2014

0 Response to "Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) - 1 Ogos 2014"

Post a Comment