Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) - 18 Julai 2014

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut):

[not_mobile]▶[/not_mobile] Penguasa Kastam Gred W41 (Jabatan Kastam DiRaja malaysia 245 Kekosongan)
[not_mobile]▶[/not_mobile] Pembantu Pembangunan masyarakat Gred S17 (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat 22 kekosongan)
[not_mobile]▶[/not_mobile] Latihan Separa Perubatan (Kementerian Kesihatan Malaysia 2221 kekosongan)


 

jawatan-kosong-spa
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:-
"Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."

 

Cara Memohon (Klik untuk memohon)



Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Online SPA8i dengan melayari laman web www.spa.gov.my

Maklumat lanjut bagi jawatan dalam perkhidmatan awam SPA boleh didapati disini.

 

Tarikh Tutup Permohonan : 18 Julai 2014

0 Response to "Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) - 18 Julai 2014"

Post a Comment