[not_mobile]▶[/not_mobile] Kakitangan Am (Pelbagai department)
Syarat-syarat:
- Lelaki/ Perempuan
- Berumur 19 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan
- Tidak mempunyai rekod jenayah
Kelebihan:
* Elaun kerja lebih masa
* Tiada pengalaman diperlukan
* Latihan diberikan percuma
Ditubuhkan pada 02hb April 1995 dengan nama Sabasun Sdn Bhd. Pada awal operasi hanya 8 orang pekerja yang bertugas dan terdiri dari ahli keluarga terdekat. Bermula dengan ruang jualan berkeluasan 3,000 kaki persegi dan 2 unit kaunter pembayaran, Sabasun bermula dengan modal pusingan sebanyak RM 300,000.00. Perniagaan ini diasaskan oleh keluarga Haji. Che Ibrahim Haji. Abdul Kadir dan Hajah Saleha Mohammad sebagai Pengerusi dan anak anak mereka, Che Salmi Haji. Che Ibrahim sebagai Pengarah Urusan dan Che Salman Haji. Che Ibrahim sebagai Pengarah Operasi. Dengan pengenalan konsep “Harga Muroh Sokmo” atau "Always Low Price", Sabasun mula dikenali sebagai kedai yang menjual barangan keperluan harian dan bulanan pada harga yang sangat murah malah tidak keterlaluan kalau dikatakan "PALING MURAH” di Pantai Timur Semenanjung Malaysia setiap waktu dan setiap masa operasinya. Dengan pengenalan konsep tersebut, nama Sabasun Sdn. Bhd, mula meniti dibibir masyarakat umum. Secara langsung, keperluan untuk memperbesarkan ruangan kedai dan menambahkan bilangan kaunter pembayaran dari 2 unit kepada 4 unit dan seterusnya kepada 8 unit terpaksa dilakukan.
Cara Memohon (Klik untuk memohon)
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Sumber Manusia Sabasun HyperRuncit Bukit Kecil
09-6203924/25 atau Jabatan Sumber Manusia Sabasun HyperRuncit Wakaf Tembesu 09-6661125/26.
Atau datang sendiri ke Sabasun Bukit Kecil atau Sabasun Wakaf Tembesu.
Sila bawa bersama:
- Salinan I/C
- 2 Keping gambar pasport
- Resume (jika ada)
- Sijil (jika ada)
Maklumat lanjut jawatan kosong Sabasun boleh didapati disini.
0 Response to "Jawatan Kosong Sabasun HyperRuncit - Terbuka"
Post a Comment